//Amira Syuhada

Assalamualaikum!
Hey ! Good days to you!


Assalamualaikum Syukran sudi bergolek ke sini ^_^ .Saya Amira Syuhada a caliph of Allah . n_n

Status : KEEP CALM AND SAY THANK YOU ALLAH






Followers

Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Amira Syu

Manfaat Membaca Surah Kahf pada Hari Jumaat
Assalam alaik kepada semua pembaca yang tercomel :) Semoga kita dirahmati Allah dengan rahmatNya yang mencurah-curah amiin.

hari ni Jumaat. hari barakah. penghulu segala hari sterusnya antara hari yg dmkbulkan doa kita insyaALLAH.. :) tahukah kita pd hr Jumaat, kita amat digalakkan membaca surah kahf sebab banyak manfaat yg akn kita dapat. nak tahu apa manfaatnya?

Manfaat Surah Kahfi


1) Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Kaabah)

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim) 

 2) dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.

3) memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” [ Hadis Riwayat Ahmad ]

 4) Terjaga dari fitnah Dajjal

 Daripada Ali bin Abi Thalib:”Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai lapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”



Jadi apa alasan kita utk tidak mmbaca surah Kahf ni? :)