//Amira Syuhada

Assalamualaikum!
Hey ! Good days to you!


Assalamualaikum Syukran sudi bergolek ke sini ^_^ .Saya Amira Syuhada a caliph of Allah . n_n

Status : KEEP CALM AND SAY THANK YOU ALLAH






Followers

Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Amira Syu

Bertudug Menutup Aurat atau Sekadar Berfesyen? n_n








Perkembangan Islam mutakhir ini menyaksikan ramai wanita Muslim memakai tudung. Ini amat menggembirakan kerana mereka  sedar bahawa Allah mewajibkan ke atas wanita Muslim untuk menutup aurat dan ia adalah suatu fardu bagi mereka yang sudah baligh.


Tidak salah bagi setiap wanita untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa selagi panduan syarak diutamakan dalam semua keadaan dan mampu mengawal diri supaya tidak melanggar  batasan yang di gariskan dalam Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
Islam juga tidak pernah melarang umatnya untuk berfesyen dan mengikuti aliran fesyen terkini tetapi pastikan setiap wanita yang bertudung menutup aurat keseluruhannya bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.

 Sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud:
 “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan  tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur, Ayat 31).



Namun, dalam keghairahan bertudung mengikut pembangunan fesyen semasa, masih terdapat segelintir wanita Muslim yang alpa mengenai aurat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan umat Islam. Kini, pelbagai fesyen tudung dipakai mengikut proses transformasi dan permodenan semasa. Namun, pemakaiannya masih dianggap tidak sempurna jika masih menampakkan bahagian leher dan dada. Menutup aurat bukan sekadar jika kepala sudah kemas diliputi tudung sudah dikira menutup aurat tetapi wajib menutup seluruh badannya kecuali pada bahagian muka dan kedua-dua tapak tangan.

Seseorang yang masih tidak dapat diiktiraf sebagai menutup aurat iaitu wanita yang berpakaian tetapi dilihat “bertelanjang”. Hal ini kerana, masih ramai wanita bertudung tetapi mengenakan pakaian ketat dan nipis hingga menampakkan bentuk atau susuk badannya dan mampu menaikkan nafsu syahwat lelaki yang bukan mahram melihatnya. Jika ada sekelumit perasaan megah dan bangga diri dengan apa yang dipakai saban itu turut mengudang dosa.


Peringatan untuk semua dan juge saya di sini n_n may ALLAH bless all of us :)