//Amira Syuhada

Assalamualaikum!
Hey ! Good days to you!


Assalamualaikum Syukran sudi bergolek ke sini ^_^ .Saya Amira Syuhada a caliph of Allah . n_n

Status : KEEP CALM AND SAY THANK YOU ALLAH






Followers

Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Amira Syu

Jatuh -Via Iluvislam-
Saat hati sedang dilanda ribut taufan yang tak mahu berhenti. Saat diri mahu bertukar menjadi raksasa dan mengamuk dengan semua yang ada. Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang menyerikannya.
Saat itu datang pelangi yang mencuri masuk dalam pandangan. Saat itu datang matahari seperti segan memancarkan cahaya di kegelapan. Saat itu jugalah datang si burung berkicauan mematikan lamunan bahawa raksasa itu hanya wujud dalam bayangan.
Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan. Yang diilhamkan oleh Tuhan kepada mahluknya yang berlainan.


 "Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa."


Allah mengujimu kerana Allah menyayangimu

"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)